Jan 19, 2014

Sakit Yang Terselindung








signature

Jan 18, 2014

Imbas Kembali

2 September 2013.

Itulah tarikhnya. Aku berangkat ke Kota Samarahan Sarawak. Hasrat untuk menyambung ijazah termakbul jua. Indah sungguh tempatnya. Tak sangka. Tanggapan yang selama ini mengkaburi mata. Tersasar jauh sekali. Sarawak tidaklah teruk sangat. Huh ! Kagum sangat dengan adat orang Sarawak. Hari pertama aku disana semuanya berdikari. Ibu ayah hantar di Airport Senai sahaja. Itu pun dah memadai bagi ku. 

Aku jumpa dengan manusia manusia yang hebat. Cerdik pandai. Mulanya agak susah untuk biasakan diri dengan keadaan baru. Sekitar yang berbeza. Waktu yang tidak sama. Namun hari hari ku sangat indah. Walaupun agak sukar nak terima waktu subuh di Sarawak jam 5 pagi. Pheww # 

Macam biasa setiap kali belajar pun ada sesi orentasi dan MAP (Minggu Aluan Pelajar). Seminggu yang teruk. Rasanya. =_='' Tidur tak cukup. Makan tak lalu. Letih badan badan ni. Hati ini doa doa cepatlah habis minggu MAP ni. Senak otak dibuatnya. Yang seronok tentang MAP satu sahaja rasanya. Buat kawan baru. YA! Secara jujurnya itu memang best. 

Minggu Aluan Pelajar
Dari kiri: Aku, Norazrin (Ein), Safura (Poora) dan Syakira (Qira)
Aku mula mengenali mereka. Rakan serumah. Yang mana semua bawah umur. Terasa tua ketika bersemuka. Tuanya rasa. Haihh. ^_^#) Sudah tinggal sebumbung dengan adik adik muda ini. Tak siapa menyangka yang diri ini dua puluh tiga. Senyap senyap sahajalah. 

signature

Jan 17, 2014

Kembali menulis.

Tsk !

Berhabuk. Dah lama rasanya tak menaip. Corak hidup yang berwarna dan berduri. Mungkin itu pasal lah tiada masa nak menaip dan berceloteh panjang. Agaknya cukup separuh tahun tak pedulikan blog ni. Tak apa lah. Dah kembali menaip ni. Semoga tidak lah berhenti tak berbayang lagi.

Apa yang nak dikongsi sepanjang hilang bayang dan kelibat ni ? Cerita benar yang tiada penghabisannya ? Argh ! Bosannya. Tetapi begitulah keadaannya. Semuanya bermula dengan kisah kisah pahit yang menjadi igauan mimpi setiap hari. Bila mimpi ngeri mahu berhenti menjadi bayang bayang ? Bila semuanya tidak disimpan dalam dalam memori di hippocampus. Mungkin? Sudah berbulan rasanya. Sekarang tibalah masa untuk kongsi cerita yang mungkin dapat ditonton oleh anak cucu bila tua nanti. Huh ;')

Sebaik sahaja hala tuju untuk berkahwin pada bulan 8 tahun 2013 terbatal. Semuanya berubah. Serta merta. Tangisan dan sedu sedu sahaja dapat didengar ketika itu. Tiada lagi harapan. Tiada lagi daya untuk mengangkat muka. Tika itu ibu lah segalanya buat aku. Selalu jugak ibu pesan, Allah sedang uji. Kuat ! Jadi kuat dengan ujianNya !!

Pheww. Kalau lah itu semua semudah ABC. Semudah kata lupakan lah. Semua dah terjadi. Tiada apa yang perlu ditangisi. Sedangkan ibu tahu sakit dan pahitnya. Ibu juga wanita bukan. Kenapa ibu tidak memahami ? Itulah kata kat yang sering berbisik liang liang roma telinga. Masa tu tiada siapa yang mampu mengubat hati yang duka. Terhiris laju dengan pisau. Namun Allah Maha Mengetahui. Semuanya berjalan lancar mengikut kehendakNya. Walaupun pahit untuk diterima. Namun telan lah ia. Kisah penutup untuk kisah cinta 2013.

Semoga Allah berikan dia kebahagiaan dunia dan akhirat. <#3


signature