Mar 10, 2013

Tragedi Yang Tidak Dapat Dilupakan -_-"

Assalamualaikum korang !!

Oh ! Kalau cakap sahaja mengenai tragedi mesti sesuatu yang malang kan? Namun, semua tu mengajar kita supaya lebih berjaga- jaga untuk kemungkinan pada masa akan datang betul tak ?

Apa tragedi yang umiee nak kongsi kt sini ialah tragedi aidiladha yang memeranjatkan semua di pagi raya qurban tahun lepas. Mangsa tragedi termasuklah saya (cix umiee sendiri), kakak dan kawan kakak.



Masa kejadian ni berlaku, sekitar jam 9.00am waktu antrabangsa. Kereta dalam keadaan tidak terkawal dan berpusing dua kali sebelum terjunam masuk kedalam parit.


Kereta waktu ni berasap-rasap, tayar depan dah tenggelam sikit demit sedikit .#blup blup blup. Umiee masa tu duduk di seat belakang, kakak yang drive. Kasihan kepala diorang terhantuk di cermin kereta kuat sangat masa kejadian berlaku. Namun, bersyukurlah. Kami bertiga masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi Allah subhanahua taala ni. :') 

Itu sahaja kisah hari ini. W'ASSLAM-
signature

Mar 9, 2013

Oh ! PIZZA buatan bonda ku. Takde bandingan.

Assalamualaikum ^_______^

Ada siapa mengidam PIZZA percuma ? Meh datang umah, ada 2 pinggan lagi. Memandangkan ada PIZZA yang paling sedap sekali buatan bonda, umiee nak share sikit. Sebenarnya bonda umiee belajar buat di dapur Kolej Komuniti yang dianjurkan pagi tadi. 

Sepatutnya umiee join juga kesana pagi tadi, disebabkan migrain yang sangat teruk. Terpaksa cancel last minit. -__-" #Alangkah ruginya.



Disana ada menyediakan khursus pendek untuk sesiapa yang berminat nak mengikutinya. Untuk info bolehlah melayari laman sesawang Kolej Komuniti mengikut daerah tempat korang semua tggal. Tak rugi belajar ilmu asasi rumahtangga ni, mana lah tahu sat sat g boleh bukak kedai PIZZA sendiri. 
Hewhewhew ^_______________^

Jemput makan semua . # Ngaaaaapppp :p

signature

The Yellow Diary . . .

Assalamualaikum, ucapan sunnah jawab dapat pahala ^______^

Setiap orang ada cerita dia yang tersendiri, yang baik mahupun buruk, yang bagus mahupun tidak, yang terkesan sehingga dewasa mahupun dipadamkan memori itu sejak kecil. Risau nanti bila dikenang bakal mengundang perit di ulu hati. Pernah rasa perasaan tu tak? Bagi seorang wanita yang diberi kelebihan oleh Allah, melalui kelebihan beremosi pasti merasa setiap yang berlaku terkesan di hati.


Korang pernah terfikir nak buat diari ? Diari rahsia korang ? Memang risiko sebenarnya ada diari ni, tak save langsung. Pulak tu jenis bila dah habis menulis campak entah kemana, memang nahas la jawabnya. Kekekek. Bagi umiee tak salah nak ada diari, asalkan kita pandai simpan. # Shhhhhhh, tempat rahsia ! >_^


This is my yellow diary. Its remind me everything about the past, sweet memory only. Buat apa nak kenang kisah yang bakal mengundang tangis bila di buka buku lama ? Hapuskan memori jahat. Buat cm ni, letak lima jari depan muka (Jangan letak rapat melekat dimuka) lepastu sebut, #Swaaaaaaa.




signature