Imbas Kembali

Jan 18, 2014

Imbas Kembali

2 September 2013.

Itulah tarikhnya. Aku berangkat ke Kota Samarahan Sarawak. Hasrat untuk menyambung ijazah termakbul jua. Indah sungguh tempatnya. Tak sangka. Tanggapan yang selama ini mengkaburi mata. Tersasar jauh sekali. Sarawak tidaklah teruk sangat. Huh ! Kagum sangat dengan adat orang Sarawak. Hari pertama aku disana semuanya berdikari. Ibu ayah hantar di Airport Senai sahaja. Itu pun dah memadai bagi ku. 

Aku jumpa dengan manusia manusia yang hebat. Cerdik pandai. Mulanya agak susah untuk biasakan diri dengan keadaan baru. Sekitar yang berbeza. Waktu yang tidak sama. Namun hari hari ku sangat indah. Walaupun agak sukar nak terima waktu subuh di Sarawak jam 5 pagi. Pheww # 

Macam biasa setiap kali belajar pun ada sesi orentasi dan MAP (Minggu Aluan Pelajar). Seminggu yang teruk. Rasanya. =_='' Tidur tak cukup. Makan tak lalu. Letih badan badan ni. Hati ini doa doa cepatlah habis minggu MAP ni. Senak otak dibuatnya. Yang seronok tentang MAP satu sahaja rasanya. Buat kawan baru. YA! Secara jujurnya itu memang best. 

Minggu Aluan Pelajar
Dari kiri: Aku, Norazrin (Ein), Safura (Poora) dan Syakira (Qira)
Aku mula mengenali mereka. Rakan serumah. Yang mana semua bawah umur. Terasa tua ketika bersemuka. Tuanya rasa. Haihh. ^_^#) Sudah tinggal sebumbung dengan adik adik muda ini. Tak siapa menyangka yang diri ini dua puluh tiga. Senyap senyap sahajalah. 


Minggu Aluan Pelajar
Balqis Bt Mat Ghazali
Aku berjumpa kawan yang hebat. Aku panggil dia Balqis. Dia buat aku tersenyum setiap kali lihat gelagatnya. Hati ni tak berhenti ketawa. Kadang kadang dia comel buat gelagat yang tiba tiba tu. Dah lama rasanya tidak ketawa seperti itu. Terima kasih beb. Dia seorang yang tegas. Kadang kadang tak dapt menjangka apa yang difikirkannya. Namun berkawan dengannya adalah sesuatu yang hebat. 

Adik @ Rakan serumah @ Rakan sekelas
Nur Shakirah Binti Mohd Sufian
Tiba masanya aku perkenalkan. Seorang rakan serumah yang meminati cerita 'anime'. Namun bila bab pelajaran memang tip top. Ni manusia ke apa. =_='' Berkawan dengan manusia yang hebat dan pelik. Sangat teruja dengan kelebihan masing masing. Tibanya dikelas. Ada rakan dan sahabat yang gila gila. Yang sekali petik masuk kepala. Yang cukup riang. Menjadi seorang jururawat memang mencabar. Namun gelak tawa begini lah yang menyembunyikan rasa duka dan tangisan. Rindu dengan gelagat semua orang. Kami bagaikan keluarga. Ada adik. Kakak. Abang. Semua lengkap. 

Terima kasih. Kenangan semester pertama kita semua memang seronok. Walaupun hanya tinggal gambar dan sedikit imasan di memori. Namun biarlah ianya kenangan yng indah dan tak dapat dilupakan. ^_^)v

Kawan Rapat dan Terbaik
Program Kejururawatan Sesi 2013/2014
Candid !!
Hari pertama dapat kad matrik. Teruja.
Citrawarna Creatist 2013
Makan Malam Konvokesyen Bersama Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK)
Bertema Seindah Pelangi FPSK 
Hari Terakhir Praktikal Semester Satu di SGH (Sarawak General Hospital)
Hari Pertama Kelas English. Bosan mulanya.
Hadiah Terakhir Sempena Kelas English. Rindu pula. -_-''

Lapangan Terbang Kuching.
Tamat sudah satu semester. Semoga semester akan datang banyak lagi kisah kisah menarik yang dapat dikongsi. Perjalanan masih belum berakhir. Cuma diberi peluang berhenti rehat sebelum perjalanan seterusnya bermula. Indah sungguh perancanganNya. Semoga diberkati setiap titik peluh dan usaha.

Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Mendidik supaya berdikari. Walaupun sakit untuk berdiri mulanya. Namun ini pengalaman tinggal di tempat orang. Merupakan sesuatu yang menarik.  (^^,)

signature

No comments: