Kembali menulis.

Jan 17, 2014

Kembali menulis.

Tsk !

Berhabuk. Dah lama rasanya tak menaip. Corak hidup yang berwarna dan berduri. Mungkin itu pasal lah tiada masa nak menaip dan berceloteh panjang. Agaknya cukup separuh tahun tak pedulikan blog ni. Tak apa lah. Dah kembali menaip ni. Semoga tidak lah berhenti tak berbayang lagi.

Apa yang nak dikongsi sepanjang hilang bayang dan kelibat ni ? Cerita benar yang tiada penghabisannya ? Argh ! Bosannya. Tetapi begitulah keadaannya. Semuanya bermula dengan kisah kisah pahit yang menjadi igauan mimpi setiap hari. Bila mimpi ngeri mahu berhenti menjadi bayang bayang ? Bila semuanya tidak disimpan dalam dalam memori di hippocampus. Mungkin? Sudah berbulan rasanya. Sekarang tibalah masa untuk kongsi cerita yang mungkin dapat ditonton oleh anak cucu bila tua nanti. Huh ;')

Sebaik sahaja hala tuju untuk berkahwin pada bulan 8 tahun 2013 terbatal. Semuanya berubah. Serta merta. Tangisan dan sedu sedu sahaja dapat didengar ketika itu. Tiada lagi harapan. Tiada lagi daya untuk mengangkat muka. Tika itu ibu lah segalanya buat aku. Selalu jugak ibu pesan, Allah sedang uji. Kuat ! Jadi kuat dengan ujianNya !!

Pheww. Kalau lah itu semua semudah ABC. Semudah kata lupakan lah. Semua dah terjadi. Tiada apa yang perlu ditangisi. Sedangkan ibu tahu sakit dan pahitnya. Ibu juga wanita bukan. Kenapa ibu tidak memahami ? Itulah kata kat yang sering berbisik liang liang roma telinga. Masa tu tiada siapa yang mampu mengubat hati yang duka. Terhiris laju dengan pisau. Namun Allah Maha Mengetahui. Semuanya berjalan lancar mengikut kehendakNya. Walaupun pahit untuk diterima. Namun telan lah ia. Kisah penutup untuk kisah cinta 2013.

Semoga Allah berikan dia kebahagiaan dunia dan akhirat. <#3


signature

No comments: