Mar 15, 2013

Saya Dilahirkan Begitu Dalam Dunia Terbalik


Haaa, ni nak habak mai. Sapa kata tadak orang terbalik kat dunia ni. Dari saspek luaran kita nampak cam biasa biasa sahaja, sini ada kisahnya. Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.



Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej. Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.




Bojana Danilovic



Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas. Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga. Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. 





Bojana Danilovic

“Saya dilahirkan begitu. Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,”-Bojana

Pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. #Ajaib tapi benar kan ? ^^
signature

Aeril Popular Di Layar Perak Mahupun Hollywood


 Siapa kenal retis ni ? Alah yang selalu belakon cite kat TV3 uh dan beberapa cerita lain yang agak meletop. Aeril atau nama lainnya Suhairil Sunari, 26, berkata, gambar aksinya dengan Ricci itu dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan yang masih lagi dalam pembikinan.



AERIL bersama Christina dalam muzik video sebagai promosi awal filem yang dibintangi mereka.


Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.
“Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya." - Aeril




Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi. Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.



“Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser,” katanya lagi




Tuu dia kemain kau jah, dalam diam belakon cerita HOLLYWOOD gittew. By the way, jangan pulak ikut aksi-aksi "18SG" pulak tau. Bukan apa, filem orang enggeris ni tak lari dari aksi aksi yang mengiurkan tu. :'D Sekian kata-kata manis dari saya. 


Feel free to drop your comment ^^
signature

Mar 14, 2013

Sepetang Bersama Lembu Kesayangan Ayah

Assalamualaikum, hola haha hehe huhu !

Petang yang cuaca yang sangat elok ni moh ler kita semua beriadah. ^^ Umiee nak kongsi sikit tentang pengalaman membela lembu lembu ayah. Kesemuanya ada 30 ekor. Ayah cuma menugaskan umiee menjaga 10 ekor sahaja. Itu pun dah tekang-kang kiap menjalankan misi LEMBU 001. :'D






Baiklah, bila masuk sahaja jam 5 petang kebiasaannya, akitviti riadah dilakukan. Siap sedia memakai baju kebun, serta bertopi lengkap, berkasut but kuning, dan berstokin #takut melecet -_-''






Muka dengan bersemangat waja akan terus mem-presssssss motor ayah lalu pergi ke kebun.
Angin sepoi-sepoi bahasa meniup alun-alun ke muka. #Wah ! Nikmat sangat youuuu.






Masa itu berjumpa lah Umiee dengan lelembu ayah yang jinak. Orang kata itu dia ikut je. 
#Jinak lah sangat -_-" Haha.

Okeii itu sahaja memori daun pisang hari ni.
P/S: Gambar ni dah lama ada dalam album cuma tiada masa sahaja nak upload, kui3

signature

Koleksi Permainan Dulu Dulu #Rindunya ^^

Assalamualaikum korang !! ^^

Walaupun kita sekarang menuju ke era yang penuh moden, tak salah kan kalau kita nak kenang masa lampau yang indah-indah. :'D 

Masa ni, game MARIO memang menjadi kegilaan kanak kanak abad tu.


Bagi wanita, dulu anak patung BARBIE sangat mahal. 
Tak mampu nak membelinya, jadi penjualan anak patung kertas mula lah berleluasa dengan pelbagai edisi. 
Dulu harganya baru RM 1.50 satu. Kekeke :'p


Masa kat sekolah permainan kumpul pemadam ni memang menjadi kegilaan !
Lagi lagi budak lelaki, suka kumpul pemadam pelbagai negeri. 
Tak kira beso atau kecik. Hikhik


Bila hari minggu, selalu ikut ibu pergi ke pasar minggu. 
Asal nampak je TORA & DING DANG memang tak lepas tangan. 
Nak masa tu jugak ! ^^


Brick Game pula muncul masa dah meningkat dewasa sikit, suka sangat main game kereta dalam ni. 
Masa nak mengelak kereta, dengan badan-badan sekali digeraknya. ^^
Oh oh !
TAMAGOTCHI memang yang paling best. Sampai kan masa kat kelas sekolah rendah nak balik cepat cepat sebab nak kasik 'chicken' dalam tu makan, mandi, bersenam, menyanyi.
 Nak tengok perkembangan lah kata kan.
Macam-macam lah kan. HEHE -_-''


Itu sahaja post untuk dikongsi hari ini ^^
Selamat membaca dan sudi sudikan lah mengomen ya ! :p

signature

Pengalaman Ngeri Ditetak Pengganas Sulu

Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.


Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.


Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.


Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikorek mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.


Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim.


signature

Pelajar "RASA" Air Mani Atas Biskut Dan Sudu


Omaihh Omaih !!
Di Los Angeles, Mark Brendt yang dikenali sebagai salah seorang guru di sekolah menengah rendah itu dituduh mencabul kanak-kanak dan menyuapkan mereka air maninya


Tindakan undang-undang juga difailkan selepas seorang lagi guru dituduh melakukan aksi lucah terhadap seorang kanak-kanak yang diraba di dalam kelas.

Mark Berndt memaksa pelajarnya mengambil bahagian dalam permainan ‘rasa’ apabila dia memberikan air maninya yang disapu pada biskut dan sudu. Pendakwa raya berkata, guru itu kadang kala menutup mata pelajar dengan kain dan merakam aksi mereka.

Gambar Sumber Google

Pendakwa raya, Raymond Boucher berkata semalam, setiap pelajar itu mungkin diberi pampasan berjumlah $470,000 (RM1.4 juta), Berndt yang mengajar selama 32 tahun di Sekolah Rendah Miramonte di Los Angeles mengaku tidak bersalah dalam kes jenayah itu.

Mark Brendt
Berndt guru gred tiga dan mengajar murid berusia tujuh hingga lapan tahun ditahan selepas seorang pengasas web foto menemui berpuluh-puluh foto kanak-kanak dengan mata mereka ditutup sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa. Polis berkata, mereka kemudian menemui sudu plastik dalam bakul sampah di bilik darjah Berndt dengan kesan air mani. Peguam Brian Claypool melebel penderaan itu sebagai “drama yang telah lama berlangsung”.


Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana penderaan seksual di daerah persekolahan kedua terbesar di Amerika Syarikat itu boleh berlaku begitu lama tanpa dapat dikesan? Sejurus selepas penahanan Berndt, semua 76 guru sekolah itu dipindahkan sementara kakitangan dan pentadbir diberi cuti.
 Enam bulan kemudian pada awal tahun persekolahan, 43 daripada guru terbabit kembali ke sekolah Miramonte yang distruktur semula dengan guru besar baru. Manakala selebihnya bersara atau dipindahkan ke sekolah lain.

# Eeeeww ! Tak seorang yang bernama pendidik lakukan sebegini terhadap pelajarnya.

signature

Hah ! Itu Makannya, Nak Samun Sangat


Haa ! Di Georgetown pagi semalam ada dua orang penyangak yang nak samun si penarik kereta yang berusia 29 tahun. Penyamun tersebut cuba menarik beg sandang mangsa dan mengeluarkan pisau samurai.

Gambar Hiasan
Malangnya, nasib mereka tak baik pula. Seorang daripadanya parah dibelasah orang ramai,  hampir putus tangan dibuatnya dan ada juga cedera sedikit dibelakang badan terjadi di sekitar kawasan Taman Lip Sin , Sungai Nibong.

Masa tu kira-kira jam 1.30 pagi, orang ramai cuba memaklumkan pada pihak polis tentang kejadian dua lelaki yang sedang bergaduh berdekatan dengan pasaraya yang mengalami kecederaan teruk.

# Kesimpulannya : Jangan lah nak menganiaya orang. Dia pun mencarik rezeki macam kita. Hah ! Kan dah kena belasah. Siapa susah? Diri sendiri jugak kan ^^

signature

Mar 13, 2013

Iklan "Stop STD" Hanya Ada Di Jepun

Mari kita tengok-tengok gambar pelik di sekita Jepun yang tak masuk akal pun ada. Hehe ^^

STD : Sexual Trasmitted Disease
Robot tengah laman. Apa kes ?
Robot Gundam ke tu? Adei -_-''
Bawah (sebelah kanan) tu bomba ke?
Comeinya Hello Kitty Ward ^^
Baru arr tak basah cenggini  :')
Masuk ! Masuk ! Muat lagi -_-''

signature

Dazrin Cabar Diri Nyanyi Lagu Tema "JODOH"


Mungkin tiada siapa tahu bakat yang ada pada diri sendiri begitu juga dengan Dazrin. Peluang menyanyikan lagu tema Jodoh berjudul Kota Antara, ciptaan Audi Mok benar-benar mencabar dirinya yang baru pertama kali menyanyi.

Menurutnya, peluang yang diberikan Audi harus digunakan sebaiknya, apatah lagi mendengar kata-kata Audi dia mampu menyanyikan lagu itu sesuai seperti yang diinginkan menjadikan ­Dazrin lebih teruja.

“Satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan apabila menyanyikan lagu ciptaan Audi, bagi saya bukan mudah apatah lagi lagu berkenaan sangat mencabar di mana ada bahagian lagu yang saya perlu menarik nafas panjang.


“Memang sukar pada awalnya namun saya tidak menyangka berjaya merakamkan lagu berkenaan dalam tempoh tiga jam saja. Mungkin pengalaman sering menyanyikan lagu-lagu Awie ketika menjadi pengacara majlis memudahkan segala-galanya,” katanya.
 Tidak menjadikan nyanyian sebagai kerjaya kedua jejaka berasal dari Klebang, Melaka ini lebih memilih untuk serius dalam lakonan.

“Saya akui menyanyi juga salah satu minat saya, apabila diberi peluang menyanyi apa salahnya saya cuba namun untuk memberi fokus sepenuhnya tidak mungkin kerana dari awal kehadiran saya dalam bidang ini demi memenuhi minat untuk berlakon.

“Andai kata satu hari nanti ditawarkan menjadi penyanyi biarlah sekadar menyanyi single lagu tema yang mana saya turut berlakon sama tetapi untuk menjadi penyanyi sepenuhnya tidak pernah terlintas di fikiran dan mustahil bagi saya.
“Namun jika perlu menyanyi lagi, saya akan mengambil kelas vokal bagi mengasah bakat yang pastinya waktu itu mengambil masa lama dan saya tidak tahu bila,” katanya sambil ketawa.

signature

Arghhh ! Suka Aksi Seks Dengan Haiwan


Eeew geli pulak dengar apabila ada seorang lelaki di London didapati memuat turun imej yang memaparkan aksi wanita mengadakan hubungan dengan pelbagai haiwan, termasuk ular, harimau dan gajah. Memang luar tabi'e manusia sungguh !!
Turut dimuat turun oleh Stephen Thresh ialah aksi lucah membabitkan beberapa ekor kuda dan anjing. Menurut polis, mereka tidak dapat memastikan sama ada harimau dan ular yang dijadikan objek pemuas nafsu dalam aksi berkenaan masih hidup atau sudah mati.

Bagaimanapun, jurucakap polis berkata, mereka yakin gajah yang dipaparkan dalam imej itu memang hidup. Dalam perbicaraan semalam, mahkamah diberitahu, polis percaya Thresh tidak berminat dengan aktiviti seks normal.
Thresh, 47, dari Hull mengaku salah terhadap lima tuduhan memiliki imej lucah melampau serta enam tuduhan memiliki 405 imej lucah yang ditemui dalam komputer ribanya. Dia ditangkap selepas diperdaya melalui mesej palsu yang dihantar melalui komputernya. Melalui mesej itu, pihak berkuasa mendakwa, mereka dimaklumkan mengenai aktiviti Thresh.
“Memang jelas Thresh meminati aksi seks seumpama itu lebih daripada biasa,” - Stephen Thresh
Mempercayai mesej itu benar, Thresh menyerahkan komputer ribanya kepada polis dan dia ditahan sejurus selepas itu. Sementara itu, hakim menangguhkan keputusan terhadap kes Thresh kerana dia juga menghadapi tuduhan lain membabitkan kesalahan menyerang.
Hakim, Mark Bury berkata, dia akan menentukan hukuman selepas semua perbicaraan Thresh berakhir. Sementara itu, penyiasat berkata, imej utama yang dimuat turun oleh Thresh ialah aksi lucah wanita dengan kuda dan anjing. “Imej membabitkan gajah, ular dan harimau itu sangat berbahaya untuk dilakukan.
signature

Mar 12, 2013

Gagal Sediakan Hidangan Tengahari, Bapa Dibunuh !


Gila ahh ! Kejadian berlaku di Miri, akibat berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai Sawai, Suai di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.
Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati menantunya tidak menyediakan hidangan.
Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan wanita berkenaan yang mengadu kepada suami.
signature

Bedah Lidah Kerana Ingin Berbahasa Korea ?!!


Rhiannon Brooksbank-Jones seorang gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Beeston, Nottingham nekad membuat pembedahan ke atas lidahnya 1 cm lebih panjang agar dia dapat fasih berbahasa korea seperti orang korea. Gadis jelita ini mempunyai impian untuk menetap dan bekerja di korea selatan setelah tamat belajar.
Dia mengambil kursus bahasa Korea dan mempunyai masalah bercakap dengan fasih dalam bahasa korea. Dan kerana itulah dia rela membuat pembedahan memanjangkan lidahnya agar dapat fasih bercakap korea walaupun dia belum sampai ke korea.
"Saya telah dua tahun mempelajari bahasa Korea, kemampuan berbicara bahasa Korea saya sudah pada level tinggi, tetapi saya harus bersusah payah usaha untuk menyamakan suara dengan orang Korea,” - Rhiannon

Menurut doktor giginya, Rhiannon memang memiliki lidah yang lebih pendek dari orang-orang pada umumnya, sehingga cara pengucapan kata seperti orang asing yang berbahasa Korea. Namun hal itu tidak menjadi masalah baginya dalam berbahasa Inggris.
Ini sangat jelas apabila dia menghadapi masalah menyebut perkataan yang mengandungi huruf L dalam bahasa korea yang ada dalam perbendaharaan kata.Namun begitu dia tidak mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf L dalam bahasa inggeris.Buat masa sekarang semuanya telah berubah apabila dia boleh berbicara bahasa korea dengan fasih seperti orang korea.
signature

Taman Tema TANDAS Dunia Yang Pertama



Banyak muzium Korea Selatan, taman tema, dan pusat-pusat kebudayaan membuktikan bahawa negara ini benar-benar meletakkan nilai yang tinggi kepada budaya.

Malah, terdapat telah tambahan untuk infrastruktur dihargai. Baru-baru ini, Korea Selatan mendakwa telah dibina "tandas di dunia taman tema pertama."

Taman ini mempunyai sejarah tandas, daripada loos gaya-Roman tandas siram Korea purba. Fakta tentang sisa manusia juga dipaparkan di sekeliling.






signature

Buaya Pertama Dengan Ekor Tiruan


Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama lagi.
Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain.
Kecacatan itu juga menyebabkan Mr Stubbs tidak boleh berenang seperti sepatutnya. Haiwan berkenaan diselamatkan pakar reptilia sebuah persatuan hidupan liar di Phoenix, Arizona.
Namun, dengan ekor tiruan itu, Mr Stubbs bakal mendapat hidup baru.
Sepasukan pakar mencipta ekor berteknologi tinggi menggunakan lateks dan silikon berharga beribu-ribu dolar Amerika. Mereka turut mengkaji pergerakan Mr Stubbs melalui kamera khas untuk menyesuaikan ekor tiruannya.
“Apabila di dalam air, Mr Stubbs akan terlentang,” katanya. - Daily Mail

Selepas dipasangkan ekor tiruan itu, pakar terbabit perlu mengajar Mr Stubbs berenang semula. Seorang daripada pakar persatuan itu, Russ Johnson berkata, buaya berkenaan mungkin terlalu muda ketika bertembung dan bergaduh sebelum ini. “Buaya adalah haiwan pemangsa dan jika anda bersaiz kecil terpaksa berdepan dengan buaya lain yang kelaparan, anda adalah makanan mereka,” katanya. Mr Stubbs adalah satu daripada 32 buaya yang ditemui dalam sebuah lori yang ditahan di Arizona baru-baru ini. Selepas diserahkan kepada persatuan terbabit, Johnson berkata, mereka mendapati Mr Stubbs tidak mampu berenang.

signature

Maut Dalam Parit Kerana Bola


HANGAT PAGI INI !!
“Saya nekad berenang ke arah kanak-kanak itu yang terkapai-kapai meminta tolong, tetapi tidak berjaya sebelum melihat tubuhnya berpusing-pusing dibawa arus deras."

Foto
ANGGOTA penyelamat mengangkat jenazah Abu Hanifah yang ditemui di Sungai Skudai, semalam

“Malah, saya juga hampir lemas dibawa arus deras dan terpaksa berpaut pada rumput di tepi parit,” kata penduduk di Taman Cempaka, Muhammad Fadhil Mujahid, 26, semalam.

Muhammad Fadhil terjun dalam parit selebar lebih dua meter dan sedalam lebih dua meter bagi menyelamatkan Abu Hanifah Amir, 12, yang tergelincir ketika ingin mengambil bola dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.

Mayat Abu Hanifah ditemui pada jam 3 petang semalam berhampiran Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama, Sungai Skudai, lima kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Muhammad Fadhil berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak itu.
signature

Mar 11, 2013

Seorang Ibu Bunuh Anak Kerana Zakar Kecil

TERBAIK PAGI INI !!
JAKARTA – “Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.
Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari ini, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa. Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu.
Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.
Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.
Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan.
signature

Dakwah Siti Hajar Menuju Detik Kematian (Kisah Benar)

Assalamualaikum korang !

Kisah ini diambil dari kisah benar seorang pelajar yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang kini telah kerahmatullah berjumpa Ilahi. Sama-sama kita membaca kisah-kisah terakhir beliau sebelum pergi dan sedekahkan surah Al-Fatihah untuk adik Siti Hajar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah subhanahua Taala.
“Mak tulis ya, biar tak lupa, nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak.” 

















Itu antara permintaan terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir, 20, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bertarung nyawa selama dua minggu di Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Solok Duku, Masjid Tanah, di sini,6 Januari lalu, kepada ibunya, Noraini Che Mat, 46.

Kisah kecekalan Siti Hajar yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi, 20 Januari lalu, menarik perhatian ramai apabila rentetan pengalaman hari-hari terakhir arwah tersebar di laman sosial Facebook selain turut dikongsi menerusi blog dan forum di Internet.

Noraini berkata, kisah hari-hari terakhir arwah pada asalnya adalah kandungan SMS diberikannya kepada rakan Siti Hajar, Nur Nadia Zakaria, 22.

Menurutnya, ia kemudian dimuat naik ke blog milik Nur Nadia untuk dikongsi bersama rakan lain.

“Disebabkan arwah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU), tidak ramai dapat menziarahinya, sebab itu saya berkongsi keadaan Siti Hajar setiap hari dengan Nadia. 

“Malah, arwah sendiri mahu pengalamannya yang menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain kerana baginya itu dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya, di sini, semalam.

Siti Hajar terbabit dalam kemalangan pada 6 Januari lalu apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68, di Ramuan China Kechil, Lubuk China terbabas. 

Kemalangan itu mengakibatkan Siti Hajar patah kaki kiri dan berisiko lumpuh selepas tulang belakangnya retak dan saraf tunjangnya cedera. Turut bersamanya di dalam kenderaan itu ialah tiga rakan sebayanya iaitu Wan Norsolehah Gaberan yang memandu, Azizue Hasnie Abd Zubair, parah manakala seorang lagi, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin cedera ringan.

Noraini berkata, sepanjang dirawat di hospital, Siti Hajar yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menyesali nasib menimpanya, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai nikmat daripada Allah SWT.

Dia berkata, minggu pertama selepas kemalangan arwah menunjukkan tindak balas positif dan ditempatkan di wad biasa selepas keadaannya semakin stabil.

“Apabila dia semakin sihat saya terangkan keadaan kesihatannya yang akan lumpuh sementara kerana saraf tunjangnya cedera, tiada air mata setitis pun keluar sebaliknya arwah cukup tenang dan reda.

“Namun, masuk minggu kedua, keadaan kesihatannya makin merosot kerana beberapa organ gagal berfungsi akibat kecederaan saraf tunjang, namun tidak sedikit pun dia mengeluh, sebaliknya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Arwah turut beberapa kali memberikan petanda akan meninggalkan mereka sekeluarga seperti terhidu bau wangi dan mendengar seruan seakan-akan memanggil namanya.

Noraini berkata, pada 19 Januari lalu keadaan arwah semakin kritikal apabila disahkan ususnya bocor, buah pinggang tidak berfungsi dan paru-parunya dijangkiti kuman.

“Keesokan hari tepat jam 9.20 pagi Siti Hajar menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan saya dan suami, Ahmad Sabir Ibrahim, 48,” katanya.



Diari lanjut beliau . . . KLIK SINI 

signature