Haaa, ni nak habak mai. Sapa kata tadak orang terbalik kat dunia ni. Dari saspek luaran kita nampak cam biasa biasa sahaja, sini ada kisahnya. Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.
Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej. Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.
Bojana Danilovic |
Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas. Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga. Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya.
Bojana Danilovic |
“Saya dilahirkan begitu. Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,”-Bojana
Pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. #Ajaib tapi benar kan ? ^^
4 comments:
kalau dia jalan pun terbalik gak ye??hihihi
erkkkk. pelikkkk =='
@Budak Nakal:
Mungkin dalam sudut pembacaan je kot. :'D
@Cik Zek:
Kan.. kan ? Pelik kan ^^
Post a Comment