Dazrin Cabar Diri Nyanyi Lagu Tema "JODOH"

Mar 13, 2013

Dazrin Cabar Diri Nyanyi Lagu Tema "JODOH"


Mungkin tiada siapa tahu bakat yang ada pada diri sendiri begitu juga dengan Dazrin. Peluang menyanyikan lagu tema Jodoh berjudul Kota Antara, ciptaan Audi Mok benar-benar mencabar dirinya yang baru pertama kali menyanyi.

Menurutnya, peluang yang diberikan Audi harus digunakan sebaiknya, apatah lagi mendengar kata-kata Audi dia mampu menyanyikan lagu itu sesuai seperti yang diinginkan menjadikan ­Dazrin lebih teruja.

“Satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan apabila menyanyikan lagu ciptaan Audi, bagi saya bukan mudah apatah lagi lagu berkenaan sangat mencabar di mana ada bahagian lagu yang saya perlu menarik nafas panjang.


“Memang sukar pada awalnya namun saya tidak menyangka berjaya merakamkan lagu berkenaan dalam tempoh tiga jam saja. Mungkin pengalaman sering menyanyikan lagu-lagu Awie ketika menjadi pengacara majlis memudahkan segala-galanya,” katanya.
 Tidak menjadikan nyanyian sebagai kerjaya kedua jejaka berasal dari Klebang, Melaka ini lebih memilih untuk serius dalam lakonan.

“Saya akui menyanyi juga salah satu minat saya, apabila diberi peluang menyanyi apa salahnya saya cuba namun untuk memberi fokus sepenuhnya tidak mungkin kerana dari awal kehadiran saya dalam bidang ini demi memenuhi minat untuk berlakon.

“Andai kata satu hari nanti ditawarkan menjadi penyanyi biarlah sekadar menyanyi single lagu tema yang mana saya turut berlakon sama tetapi untuk menjadi penyanyi sepenuhnya tidak pernah terlintas di fikiran dan mustahil bagi saya.
“Namun jika perlu menyanyi lagi, saya akan mengambil kelas vokal bagi mengasah bakat yang pastinya waktu itu mengambil masa lama dan saya tidak tahu bila,” katanya sambil ketawa.

signature

2 comments:

| CIKZEK | said...

dazrin ni nsem lorhh. tp jambu kit. hehehe

kanvasputih21 said...

sedap lagu dazrin nyanyi, ye la audi mok buat.. nak download tp x dpt cari pun lagu dier..