Koleksi Permainan Dulu Dulu #Rindunya ^^

Mar 14, 2013

Koleksi Permainan Dulu Dulu #Rindunya ^^

Assalamualaikum korang !! ^^

Walaupun kita sekarang menuju ke era yang penuh moden, tak salah kan kalau kita nak kenang masa lampau yang indah-indah. :'D 

Masa ni, game MARIO memang menjadi kegilaan kanak kanak abad tu.


Bagi wanita, dulu anak patung BARBIE sangat mahal. 
Tak mampu nak membelinya, jadi penjualan anak patung kertas mula lah berleluasa dengan pelbagai edisi. 
Dulu harganya baru RM 1.50 satu. Kekeke :'p


Masa kat sekolah permainan kumpul pemadam ni memang menjadi kegilaan !
Lagi lagi budak lelaki, suka kumpul pemadam pelbagai negeri. 
Tak kira beso atau kecik. Hikhik


Bila hari minggu, selalu ikut ibu pergi ke pasar minggu. 
Asal nampak je TORA & DING DANG memang tak lepas tangan. 
Nak masa tu jugak ! ^^


Brick Game pula muncul masa dah meningkat dewasa sikit, suka sangat main game kereta dalam ni. 
Masa nak mengelak kereta, dengan badan-badan sekali digeraknya. ^^
Oh oh !
TAMAGOTCHI memang yang paling best. Sampai kan masa kat kelas sekolah rendah nak balik cepat cepat sebab nak kasik 'chicken' dalam tu makan, mandi, bersenam, menyanyi.
 Nak tengok perkembangan lah kata kan.
Macam-macam lah kan. HEHE -_-''


Itu sahaja post untuk dikongsi hari ini ^^
Selamat membaca dan sudi sudikan lah mengomen ya ! :p

signature

No comments: