Maut Dalam Parit Kerana Bola

Mar 12, 2013

Maut Dalam Parit Kerana Bola


HANGAT PAGI INI !!
“Saya nekad berenang ke arah kanak-kanak itu yang terkapai-kapai meminta tolong, tetapi tidak berjaya sebelum melihat tubuhnya berpusing-pusing dibawa arus deras."

Foto
ANGGOTA penyelamat mengangkat jenazah Abu Hanifah yang ditemui di Sungai Skudai, semalam

“Malah, saya juga hampir lemas dibawa arus deras dan terpaksa berpaut pada rumput di tepi parit,” kata penduduk di Taman Cempaka, Muhammad Fadhil Mujahid, 26, semalam.

Muhammad Fadhil terjun dalam parit selebar lebih dua meter dan sedalam lebih dua meter bagi menyelamatkan Abu Hanifah Amir, 12, yang tergelincir ketika ingin mengambil bola dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.

Mayat Abu Hanifah ditemui pada jam 3 petang semalam berhampiran Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama, Sungai Skudai, lima kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Muhammad Fadhil berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak itu.
signature

No comments: