Gagal Sediakan Hidangan Tengahari, Bapa Dibunuh !

Mar 12, 2013

Gagal Sediakan Hidangan Tengahari, Bapa Dibunuh !


Gila ahh ! Kejadian berlaku di Miri, akibat berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai Sawai, Suai di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.
Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati menantunya tidak menyediakan hidangan.
Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan wanita berkenaan yang mengadu kepada suami.
signature

2 comments:

Budak Nakal said...

Huhu anak apalah cmni adus...

Unknown said...

@Budak Nakal:
Baru tak sediakan mknn tengahari dah main bunuh-bunuh. -_-''